Sunday, January 10, 2016

2015, a year to realize

Hello dear diary,
Haih dalam busy2, time tu juga mood blog nak datang. Sedih pulak tengok blog, makin tahun ke tahun, makin berkurang update. Nvm, tahun ni akan berusaha update sebanyak yang boleh. Nanti tua2 baca, boleh imbau kenangan.

Ok, lets go straight to the point. Ingatkan nak update about the whole journey, recall balik apa yang berlaku sepanjang 2015, tapi...hmmm life macam mendatar je sepanjang 2015. ooops, bukan maksud tak ada ups and downs, banyak downs dari ups nya. Well, let me list down apa pengajaran, or things that happened in my life in 2015.

1. 2015, the turning point.
Yes. The turning point. Time ni lahh, tiba2 keputusan yang telah lama dirancang since first year datang sini, which is; kerja di Jepun bertukar tiba-tiba. Siapa yang tak terkejut, kan? Diri sendiri apatah lagi. Yes, aku mengaku, untuk sambung belajar di Jepun pernah ada dan sentiasa ada dalam doa aku since sekolah menengah, and Alhamdulillah Allah makbulkan. Tapi, life yang diimpikan tidaklah seindah yang dibayangkan. Sampai lah aku ambil keputusan untuk pulang dan bekerja sahaja di Malaysia. Tapi, atas sebab utama. FAMILY. Sejak cuti musim bunga 2015, hahaha, tiba-tiba my ibu ayah need me. I know how they really miss me, to be dekat dengan diorang. So...here it is, bukan duit yang aku kejar, bioarlah kerja apapun, janji dekat dengan diorang. Tiba-tiba sangat lah attached dengan family, padahal sebelum ni, nak duk rumah lama-lama jangan haraplah. Well, time really changes me. Petanda fify dah dewasa la kot, ek?

2. Terasa tanggungjawab itu ada
Honestly, walaupun aku anak sulung, tak pernah ambil kisah pun tentang tanggungjawab seorang kakak. Kerja tahu habiskan duit ayah. Kalau tak pun habiskan duit sendiri. HAHA. Tapi, bila umur dah meningkat, hurmmmm baru terasa tanggungjawab itu ada, sampai terasa yang life ni hanya untuk family semata-mata. Aku pun bukanlah dari family yang berwang, kalau tak rasanya aku dah buat jalan aku sendiri. Jadi freelancer ke, pergi belajar architecture dekat europe ke yang penting bukan engineer, tapi atas rasa tanggungjawab nak ringankan beban ayah which is aku tau beban ayah sangat berat walaupun sometimes dia ada minta tolong da cukup rasa terpanggil untuk tolong dan happy kan mereka. Ooo ayah, I am very sorry sebab menghabiskan duit ayah selama ini. How I wish I can appreciate money before, so that duit lebihan yang diminta dekat ayah boleh disimpan and bagi dekat ayah balik =( Ok, terlambat nak menyesal.

3. I just realized yang aku tak boleh kerja bawah orang.
Fakta ni sebnarnya macam dah tahu, tapi... tak sangka memang realiti sebab dah bekerja. Buat kepala sendiri. Tahu je benda ni sangatlah negatif, sebab bila kita kerja bawah orang, kita yang kena beri komitmen atas kehendak orang atas. But in Japan, I will definitely say NO. Aku seorang pekerja part-time Uniqlo, and aku tahu macam mana diorang seboleh2 nak paksa kau bekerja and mereka suka paksa secara mental which is, NOT ME. Heh, 1st time juga buat hal, sesuka hati je nak masuk kerja pukul berapa. Somehow aku tak boleh nak digest apa yang manager aku pesan, "Sila bekerja sebab duit!".  I am not sooooooooooooo desperate to get money ok! Apapun, kesimpulannnya kalau kerja di bawah orang, kenalah beri komitmen yang setimpal. Ouch, peringatan untuk fify.

4. Bilamana kita tak redha dengan sesuatu yang berelaku maka ia jadi UJIAN
Hahaha, sangatlah setuju. Sebab semua yang terjadi tu kan dah tertulis, either kita je la yang nak terima benda itu atau tak. Tapi, untuk situasi aku. Sampai sekarang tak boleh nak terima lagi, kenapa aku dicampakkan di dalam bidang yang aku tak pernah suka, dah usaha tanamkan minat, siap pujuk diri lagi. Siap doa, minta apa lagi yang Allah nak tunjukkan kalau aku dapat sambung degree dalam bidang yang aku tak minat. Sampai sekarang masih jadi tanda tanya. Dah puas cari jawapan. Dan sejujurnya dahla bidang susah, lepastu dalam bahasa susah, lepastu tak minat pulak tu.. kalau orang tanya apa pencapaian aku setakat ini, aku mampu cakap.. aku mampu survive dalam bidang yang aku tak suka sampai sekarang. Clap to myself. Huh. Dugaan besar aku sekarang ialah, BELAJAR BENDA YANG TAK MINAT. Nice!

5. Stop regretting and keep moving.
Tak guna nak menyesal macam-macam. Pegang je, apa yang terjadi tu adalah tu benda yang Allah nak tunjuk. Mungkin kau takkan dapat jawapan tu sekarang, mungkin esok,lusa, 10 tahun kemudian, who knows, right? Terlalu banyak sangat benda yang aku menyesal dalam life ni, menyesal ikut orang, orang apply JPA, kita pun apply. Sign surat perjanjian dengan JPA, padahal dapat tawaran belajar dekat UTM dekat Semarak,KL. Menyesal tak buat jalan sendiri. Menyesal jumpa orang-orang yang salah dalam hidup. Menyesal mudah sangat bagi orang lain ruang dalam hidup sendiri. Tapi, stop. Lupakan jelah semua itu, memang tak guna pun menyesal. Lebih baik fikir apa yang di depan mata and hmmmmmmmmmmm anggap adalah hikmah di sebalik apa yang terjadi.

6. Matang dalam perhubungan
Banyak sangat sebenarnya untuk mendefinisikan matang dalam perhubungan. Ada orang cakap relationship yang matang adalah tak post gambar berdua di public social media, tak sweet2 di khalayak ramai, tak berkepit je 24 jam walaupun depan kawan2, and macam-macam lah. Paling matang aku pernah jumpa, seumur hidup aku, and yes I admit that aku melaluinya. Untuk yang relationship belum kahwin lah senang cerita, hmmm tak perlu nak excited sangat, cukuplah masing-masing tahu apa yang ada dalam hati masing-masing. Yang penting masing-masing pandai jaga diri. Hmmm, definisi jaga diri kat sini is; jangan buat apa yang kita tak nak pasangan kita buat juga. Contoh kalau kita taknak pasangan kita berseronok dengan berlawanan jantina, so kita pun janganlah buat. EASY. Hahaha, memang nampak senang, tapi untuk aku yang baru nak kenal relationship macam ni, still rasa susah and banyak lagi rupanya kena belajar how to sustain the relationship. Patutlah selalu kecundang, hai lahhh nasib.

7. 2015, tahun berfikir macam-macam
Nampak sangat dah dewasanya bila tiba-tiba merancang kewangan, walaupun dah pernah merancang kewangan berstatus jangka masa panjang sejak berumur 20. Tak sangka pelaburan dulu yang konon saja-saja adalah satu benda yang serius. Hahaha, hello.. aku pernah hampir-hampir kena black-listed oleh bank di umur 20, kot. Kamonlah. Perancangan kewangan untuk 2016 itu ada, which is.. hurm nak berjinak dengan pelaburan hartanah and ada plan nak beli rumah tahun ini jugak as asset.. like seriously lah kan, tapi Alhamdulillah menerima respond yang baik dari otai-otai hartanah. Hope, 2016 dilimpahkan rezeki jumpa rumah below market value dan ditemukan dengan penjual rumah yang baik hati. Ooops, member pun dah pesan, nanti dah kerja kena banyak main excel. Lol, kena update aliran duit keluar masuk nanti. Ok, sangat takut. Gonna berjimat-cermat. Lepas ni hilangkan title ganas dengan duit dari ayah. And... part paling sedih, diri sendiri tak sangka nak guna kereta usang ayah. Siap menangis mesej ayah bagitau yang aku nk bikin kereta tu balik sebab nak guna untuk pergi kerja nanti. Haha, ada hikmahnya aku pernah halang ayah jual kereta tu di mudah.my. Tak apalah, slow-slow. biarlah apa orang nak mengata, kita susah buat cara susah. ='(

Oklah, stop di nombor 7. hurm nombor 7 macam terasa ada something je. Heh!

2016 bakal menyaksikan banyak event penting dalam diri aku mungkin. Ok, tak sabar nak graduate!!!!!!and nak kahwin. ok bai!

 

"The place where fully covered with snow at the every end of the year did not happen like what people expected.

Well the reminder for 2016.
Expect the unexpected.
No high expectation.
Expect the worst, so you won't be disappointed.
Life is a game.
Play hard, you win..or otherwise K.O
And leave the rest to HIM.
Hello again RESISTOR in my life circuit.
Lest see how many ohm ‎Ωdo you have to let me live life to the fullest." 
~fysco_butterfly 




















 

Blog Template by BloggerCandy.com