Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Wednesday, November 7, 2012

Nasi Goreng Tomyam versi Fify

Assalamualaikum,
Dalam stress-stress dan penuh drama titisan-titisan hujan serta berkali-kali ditimpa ombak dan badai, Fify berjaya masak satu menu baru dalam hidupnya. Sebagai nota untuk masa depan =)


Bahan-bahan:

1-Udang yang dipotong kulitnya
2-Lobak yang dipotong dadu
3-Kubis
4-Pes tomyam dari siam *sangat sedap!terima kasih peneman sampai mati. =D
5-bawang putih
6-Nasi putih
7-Telur

Cara-caranya:

1-Tumiskan bawang putih dan masukkan pes tomyam mengikut kuantiti yang disukai.
2-Masukkan udang, lobak serta telur dan kacau dalam 3 minit.
3-Masukkan nasi putih serta gaulkan dengan kubis sesuka hati.
4-Tutup kuali sekejap dengan penutup kuali *erk dalam 3 minit. Kemudian kacau sedikit dan siap!

Menu ini sesuai untuk mereka yang dilanda badai, dan tidak mempunyai masa. btw nasi nampak lembik, al maklumlah beras Jepun tapi sumpah sedap!! So ingat petua, nak masak sedap jangan ada perasaan malas. Selamat mencuba. 
Wednesday, October 24, 2012

Ikan masak kicap

Lalala!dalam stress-stress, mood memasak datang jua, hurm kalau seminggu tak masak, tak berjimat lah nampak gayanya. Harini nak tulis resipi ikan masak kicap utuk nota diri sendiri (•_•)


Bahan-bahan:
-Ikan(aku tak ingat ikan nama apa kat jepun nih, so belasah je ikan apa-apa)
-serbuk kunyit
-garam
-Sos tiram
-kicap manis
-kicap biasa
-cili besar(tapi aku jumpa sini tulis chilli kimchi,punyala payah nak jumpa chilli sini!)
-bawang besar
-bawang putih
-cili boh

Cara-caranya:
1. Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam sesuka hati dalam minit yang disukai dan goreng hinggggga garinggg!
2. Tumiskan bawang putih,cili boh(aku dah siap blender cili kering sendiri) sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap manis, kicap biasa ikut gerak hati, dan sos tiram 1/4 sudu(takut nanti terlebih rasa oyster sos pulak).
4. Masukkan cili besar yang dipotong memanjang, serta bawang besar. Masukkan separuh cawan air.Gaul-gaul sesuka hati.
5. Masukkan ikan yang digoreng garing tadi.Kacau perlahan-lahan(erk rase pelik je perkataan lahan uh?). Taburkan sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa ;) Biarkan sebentar dalam 5 min.
6.Siap!

p/s: uhhhh. malas sungguh search resipi di blog orang..ayat paling femes before nak bagitau masak ape "arini I nak masak .... coz hubby I suke masakan ni.." ,
"kejap lagi hubby I balik, kena fikir nak masak apa untuk dia..." eeeewwwwwwwwwwwww!rasa geli tiba-tiba timbul dalam diri seketika. Kenapa mesti selit hubby????
!(◎_◎;)

Saturday, May 19, 2012

Hamburger


Nak update menu ini Khamis yang lepas tapi tak ada masa. 
Okayla, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

#Hamburger
-daging dicincang/blend hancur
-bread crumbs/ パン粉/panko 
-garam dan gula secukupnya
-2 ulas bawang putih dicincang
-1 biji telur yang dipukul
-sliced cheese
Cara-carnya:
1- Gaulkan daging tadi bersama bawabg putih yang dicincang, serta bread crumps secukupnya. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
2- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikt. *Actually telur tu berfungsi untuk bagi hamburge tu senang dibentuk.
3- Bentukkan daging tadi ikut gerak hati.Hahaha.Then sliced cheese tu letakkan di atas ketulan daging.
4- Grill selama 17 minit.

#Mashed potato
-4 biji kentang direbus selama 20 min
-Susu segar
-serbuk lada hitam
-serbuk lada sulah
-butter
-garam
Cara-caranya:
1- Kentang yang direbus tadi dilenyek-lenyekkan bersama butter, lada hitam dan lada sulah. Masukkan garam, gula secukupnya.
2- Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. If nak kentang tu berlemak gila, masukkan susu lebih sedikit.

#Mashed potato sauce(Gravy Sauce)
-2 kiub pati ayam maggi
-2 ulas bawang putih yang dicincang
-kicap
-sos tomato
-tepung jagung
-butter
Cara-caranya:
1- Tumis bawang putih dengan butter.
2-Masukkan 1 cawan air, dan kiub pati ayam.
3-Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Kalau nak pekat letak lebih. So depends la..
4-Masukkan kicap setitik dua, dan sos tomato sedikit mengikut gerak hati.

#Coleslaw
-butter
-susu segar
-moyanis
-gula
-garam
-lemon
-serbuk lada hitam
-carrot
-kubis
Cara-caranya:
1-potong carrot dan kubis ikut saiz yang disukai.Gaulkan.
2-Masukkan butter, susu segar, mayonis, gula dan garam secukupnya, perahan lemon sedikit, serbuk lada hitam ke dalam blender dan blend!
3-bahan-bahan yang di-blend tadi digaulkan dengan carrot dan kubis yang telah dipotong.
4-masukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!

Menu ini sesuai untuk mereka yang duduk overseas, susah nak cari bahan-bahan yang payah dicari. Walaupun simple, tapi sedap!must try!
Wednesday, December 14, 2011

Daging Salai Masak Lomak Cili Api


Resipi hari ini...Daging Salai Masak Lemak Cili Api!
Maaf gambar diatas terlebih cahaya maka nampak kuah tidak begitu pekat....
Sebenarnya kuah gulai warnanya kuning pekat,pedas dan sedap!
Macam biasa,aku nak update resipi sebagai nota untuk sendiri dan disaat kecemasan apabila mak mertua nak merasa la pulak gulai nogori..apa lagi,blog la tempat untuk dirujuk.
Bahan-bahan:
2/3 ulas bawang putih dicincang halus
1 cm hirisan halia dicincang halus
1 biji cili api dicincang halus 
serbuk kunyit
santan 1 mangkuk
hirisan daging yang disalai

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak,dan masukkan daging yang dipotong halus tadi dan biarkan sehingga airnya kering.Letak sedikit garam.Alihkan daging apabila daging dah cukup disalai,atau kehitam-hitaman.Ala-ala salai gitu!^_^
2.Tumis bahan-bahan yang dicincang halus tadi.Kalau nak blender pun tak apa,tapi aku prefer cincang halus je sebab leceh nak guna blender.Cili tu bergantung kepada tahap kepedasan.Cili api kat Jepun yang aku guna ni 1 biji dah cukup pedas yang teramat.Masukkan daging tadi dan masukkan 1 mangkuk santan.
3.Pastikan sentiasa kacau santan di dalam periuk agar tidak pecah minyak.Masukkan kentang dan serbuk kunyit seseka hati.Tambahkan garam secukup rasa.Panaskan dengan api kecil,tunggu seketika.
4.Siap!

Simple what!terutamanya untuk pelajar-pelajar luar negara boleh apply resipi ini.Santan pun guna serbuk santan je.Walaupun simple,tapi aku jamin sedap.Im totally satisfied with my own cook.Apa yang penting jangan MALAS,confirm apa yang dimasak sedap.^_^

p/s:cant wait for winter holiday.hope that everything goes well!cant wait to play with the Snow!and again trying pakai boot yang buat sakit kaki.Well nak practice pakai lagi before pergi Korea..^_^
 

Blog Template by BloggerCandy.com