Nak update menu ini Khamis yang lepas tapi tak ada masa.
Okayla, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
#Hamburger
-daging dicincang/blend hancur
-bread crumbs/ パン粉/panko
-garam dan gula secukupnya
-2 ulas bawang putih dicincang
-1 biji telur yang dipukul
-sliced cheese
Cara-carnya:
1- Gaulkan daging tadi bersama bawabg putih yang dicincang, serta bread crumps secukupnya. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
2- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikt. *Actually telur tu berfungsi untuk bagi hamburge tu senang dibentuk.
3- Bentukkan daging tadi ikut gerak hati.Hahaha.Then sliced cheese tu letakkan di atas ketulan daging.
4- Grill selama 17 minit.
#Mashed potato
-4 biji kentang direbus selama 20 min
-Susu segar
-serbuk lada hitam
-serbuk lada sulah
-butter
-garam
Cara-caranya:
1- Kentang yang direbus tadi dilenyek-lenyekkan bersama butter, lada hitam dan lada sulah. Masukkan garam, gula secukupnya.
2- Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. If nak kentang tu berlemak gila, masukkan susu lebih sedikit.
#Mashed potato sauce(Gravy Sauce)
-2 kiub pati ayam maggi
-2 ulas bawang putih yang dicincang
-kicap
-sos tomato
-tepung jagung
-butter
Cara-caranya:
1- Tumis bawang putih dengan butter.
2-Masukkan 1 cawan air, dan kiub pati ayam.
3-Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Kalau nak pekat letak lebih. So depends la..
4-Masukkan kicap setitik dua, dan sos tomato sedikit mengikut gerak hati.
#Coleslaw
-butter
-susu segar
-moyanis
-gula
-garam
-lemon
-serbuk lada hitam
-carrot
-kubis
Cara-caranya:
1-potong carrot dan kubis ikut saiz yang disukai.Gaulkan.
2-Masukkan butter, susu segar, mayonis, gula dan garam secukupnya, perahan lemon sedikit, serbuk lada hitam ke dalam blender dan blend!
3-bahan-bahan yang di-blend tadi digaulkan dengan carrot dan kubis yang telah dipotong.
4-masukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!
Menu ini sesuai untuk mereka yang duduk overseas, susah nak cari bahan-bahan yang payah dicari. Walaupun simple, tapi sedap!must try!





0 comments:
Post a Comment