Hola! Sangat tiba-tiba bila dah setahun hilangkan diri dari blog.
But this update bukan saja-saja sebab diri sendiri yang nak baca hingga ke tua.
Announcement: I AM GONNA GET MARRIED SOON!!!! InsyaAllah.
So from now on, nak update persiapan kahwin πππ
#1 SEDIAKAN BUKU NOTA
Tak kisahlah buku ke kertas ke, as long kau boleh keep in track progress persiapan perkahwinan kau. Kat situ lah kau nak kumpul idea, buat budget, nak conteng2, dan tunjuk apa kau nak kat wedding planner nanti.. honestly senang ada buku. Macam situ tempat kau nak rujuk selain phone.
#2 BUDGET LIST
Actually budget list ni hanya untuk kau nampak perbelanjaan kau, and sebagai benchmark untuk bagi notice dekat diri kau yang tu je duit ko ada π
π
Ini contoh yang aku buat, lagi 7 weeks to go, ada yg tak berupdate, but relax.. still have time. ππ
From the list. Aku update satu per-satu kat sini.
KAD KAHWIN
RM230 (belah perempuan)
-500 pcs include sampul
-2 bunting
-1 banner
-5 penanda arah
Add on sendiri : RM 25++ (doily paper + bunga cute)
Tempah di AAP Kad Kahwin
Sebab apa aku add on sendiri? Kad kahwin simple sangat. π
So inilah kad aku hasil add on sendiri
>> Servis terbaik sebab aku ada design sendiri dan free of charge. Sebab aku tak reti guna software and aku boleh hands-on sahaja, aku tunjuk, and designer pun design mengikut apa yang aku nak. So bawah ni version dia dah design and aku minta officemate aku edit guna Adobe Illustrator sambil aku pantau sebab OMG aku tak sangka aku ni cerewet juga orangnya. Bab arts ni memang! Btw, ade perubahan banyak kali pun designer ni tetap sabar melayan.
Bagi belah lelaki pula, agak mahal sikit sebab pihak lelaki nak add 1200sticker + 300 pcs kad
So total: RM370
-kad 800pcs with sampul
-1 banner
-2 bunting
-5 penunjuk arah
Tempah di KadKahwin SR
>> kurang berpuas hati dengan khidmat company ni, sebab servis lambat, nak dapat design pun lambat. Bayangkan tarikh invoice 16 January 2017, sampai sekarang tak dapat kad. Dan dari segi design, kadang rasa macam designer design macam setakat design je. Senget ke tak lantak asal siap. So terpulang la untuk anda yang nak tempah kad dengan mereka. And, perubahan lebih 3x akan dicas. HAHA!
HANTARAN
Honestly, bagi diri aku hantaran ni tak payah mahal-mahal. And paling penting berguna la lepas kahwin. Syukur jugak kami memang jenis yang tak ada benda dah nak sebab masing-masing punya keinginan tu da beli siap-siap dekat Jepun.
Aku nak jam baby-g, dah beli. Nak ps4 dah beli. Nak purse kate spade dah beli. Nampak tak memang rasa tak ada dah benda yang nak, so macam tak boleh nak hadam lagilah kenapa nak beli branded2 yang mahal untuk hantaran.
Honestly, aku tak nak kau just mampu beli barang branded tu hanya time nak kahwin je. No.
So kalau tengok pada list tu, memang barang biasa, handbag pun terpaksa beli asalkan ada.
Kami amalkan konsep, kau beli barang aku, aku beli barang kau. Senang.
Perempuan lah payah, nak membalasnya banyak!
Tips dari kawan: beli barang yang nak guna lepas kahwin.
SEWA HANTARAN/ BELI?
After berfikir banyak kali, maka aku ambil keputusan beli kotak hantaran dan design sendiri. Survey banyak kali dekat nilai 3, tak beli-beli. Tapi akhirnya beli jugak, dapat kotak palette tu dengan harga RM7.50/pcs.
>>Tips nak membeli belah kat nilai 3 ni sebenarnya kau kena banyak berjalan. Tak semua kedai semua barangnya murah. Kat sini memang banyak kena jalan and survey. Sumpah penat demi nak dapatkan harga yang murah. Contoh barang A, murah di kedai A tapi tak bagi kedai B. Macam tula. So kena pandai cari.
KATERING + PELAMIN
RM15,200 (8 khemah)/ outdoor
Okay apa aku dapat dengan harga yang mahal tapi dianggap standard ni?? So here the listz
1. Baju baru songket sepasang + accessory
2. Baju dress + suit untuk sesi malam(permintaan ibu)
3. Pelamin complete stage, cover canvas U shape , lelangit
4. Katering untuk 1000 pax ( add on standby dar pihak katering)
Menu
-Nasi putih(30%) Nasi Minyak(70%)
-Ayam masak merah
-Rendang daging
-Gulai ikan masin+terung
-Peceri nenas
-Ulam-ulam + sambal belacan
-Jambu batu + kulit limau
-Teh tarik(200 pax) 2pm~
-Air strawberry
-Kek 3 tingkat
-Lauk pengantin (2 ikan, 2 udang 2 sayur)
5. Kompang
6. Silat
7. DJ
8. Khemah kecil untuk doorgift
9. Red carpet
10. Meja sarung semua
11. Pintu gerbang
12. Accessory nikah
-veil
-bantal nikah
-meja
-make up nikah
So for me, nice sangat dah dengan harga yang diberikan. Bila pelamin dan katering complete macam ni dah settle, rasa macam memang dah boleh relax sangat-sangat.
BAJU NIKAH (L+P)
Untuk orang yang tak berduit macam aku, aku hanya mampu beli baju simple yang boleh. Lagipun majlis nikah dan kenduri hari sama. Dapat pakai baju nikah dalam 2-3jam. Tapi tipu la, siapa je taknak baju grand lawa-lawa kan, tapi kenelah sedar diri, diri kita tak sama dengan mereka yang berduit dan ditamggung PaMa.
So, aku beli baju plain, peplum. Warna cream. Kemudian suruh kawan jahit beads dan lace. Aku memang nak simple yang boleh sebab aku nak pakai baju nikah tu bila-bila.
Total harga = RM300+-
Teaser baju nikah.
Untuk lelaki, no choice jugak, kami pergi ke Jakel Masjid India, sebab baju awal ashaari tak ada stok, so terpaksa tempah. Tapi free samping tau! Kualiti jahitan dari Jakel. Faham-fahamlah.
Total harga = RM250
Maka total baju nikah aku dan pasangan,
RM550
Lain-lain seperti doorgift, photography, videography semuanya akan di-update kemudian.
Jya ne. Mata.