Assalamualaikum,
Terasa ingin meluah, sesuatu yang tak pasti, wah!aku bermadah! sampai sekarang masih tak mampu mencari kepingan puzzle kehidupan yang direncanakan Allah. Iyalah, Dia kan Maha Mengetahui. Semester ini, baru lah aku ambil subject mengikut course aku iaitu: 電磁環境(denjikankyou)/ Aku pun tak mengerti course apa tu, tapi aku google2 nah!merepek sahaja nama course nih! Electromagnetic Compatibility. But course tu lebih kepada electric sahaja. And Alhamdulillah sejak tahun lepas, subjek yang paling dibenci and memang pantang dengan electric since sekolah (berapa kali nak ulang?nampak sangat aku membenci sungguh-sungguh) iaitu Electric Circuit, and tahun ni pula iaitu Power Electronic mendapat A++. Bukan sengaja-sengaja nak berlagak pandai di sini, tidak sama sekali, namun aku anggap ia sebagai kepingan-kepingan puzzle yang perlu dicantumkan untuk menyelesaikan puzzle hidup ini.
A++ dalam subjek yang dibenci sesungguhnya belum mampu memujuk hati, redha apatah lagi! Aku masih ingat lagi sewaktu belajar tentang electric serba sedikit dalam subject Kemahiran Hidup sewaktu menengah rendah dahulu yang ada menyentuh transistor, and seangkatan dengannya. Nampak je electric circuit aku terus cakap dalam hati " aku tak nak jumpa electric ni lagi selepas spm!" wah!begitu teruk sekali aku membenci electric. Ditambah lagi betapa banyaknya buku-buku tebal electric di rumah kepunyaan ayah. Aku baru selak sikit terus benci!
Eh!sepertinya dah menulis essei pulak.
Apapun, bersyukur walaupun masih membenci.
Masih banyak kepingan-kepingan puzzle yang harus dikumpul untuk menyelesaikan puzzle kehidupan.
Wednesday, December 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment