Sunday, December 16, 2012

Penentuan

Esok penentuan segala-galanya,
Moga dipermudahkan urusan,
Allah knows BEST

Sunday, December 9, 2012

Burger fify

Hola! ini memang kerja gila! sememangnya masakan itu adalah experiment bagiku! muahahaha!
Arini aku berjaya buat burger! *clap to me* Roti pun buat sekali tau, jangan main2! hahaha!
baiklah semua cara-cara dan ingredient ditulis di sini seperti biasa untuk nota diri sendiri bila dah jadi milik orang!
Bahan-bahan untuk
Roti burger:
1 cawan susu
1/2 cawan air
1 sudu mentega (agak2 la)
4 1/2 cawan tepung
7gm yeast
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Panaskan susu,dicampur air dan mentega sehingga betul2 panas.
2.Campurkan bahan-bahan seperti tepung,yeast,telur dalam mangkuk.
3.Madukkan susu yang dipanaskan tadi ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit.
4.Uli tepung ikut naluru. 10 min lebih kurang.
5.Bahagikan kepada 6 di atas dulang pembakar,dan tunggu ia kembang 2x ganda.
6.Akhir sekali panaskan ke dalam oven suhu tak tahu berapa sebab aku guna auto,memang ada menu untuk bakar roti.

Daging burger:
Daging Ayam(dicincang halus)
Bawang merah(bawang besar pun boleh)
Garam
Serbuk cukup rasa maggi
Serbuk roti
1 biji telur

Cara-caranya:
1.Daging yang dicincang halus tadi dicampur dengan semua bahan di atas.
2.Gaul dan gaul. Agak-agak tak melekat lagi masukkan serbuk roti lagi.
3. Bentukkan bulat nipis. Erk. Kemudian letakkan cheese di atasnya.
4.Lastly, bakar! Ni pun ikut auto jugak.. Heehee.

Akhirnya dapat juga rasa burger jalanan. Wuwuwuwwu. Wahai orang-orang di Malaysia, janganlah post pic2 makanan di malaysia, sesungguhnya ia menyiksa nafsu makan ku.. huaaa!!


Friday, December 7, 2012

Earthquake/地震(jishin)

Quick update from japan.Huaaa!!! first time rase lama gilaaaa jishin tadi. Nak menangis! and cepat2 menyelinap masuk dalam selimut and baca ayat kursi. Terasa bila-bila masa je nyawa boleh melayang. Dah la lama and kuat jugak la.. Dulu2 time jishin je, relax lagi menghayati keadaan bangunan goyang-goyang.
Tapi tadi, peffffff! Siap baca ayat kursi, bila dah nampak barang-barang banyak jatuh. Dah rasa bangunan tu macam atas air, bergoyang-goyang.
Ok tadi ada announcement from pihak kolej, jishin tadi bermagnitude 4.
Huaaa.. tu baru 4!!!
Ya allah lindungilah kami dari bala bencana di negara matahari terbit ini. :,(
Sumpah takot!
Wednesday, December 5, 2012

Puzzle kehidupan

Assalamualaikum,
 Terasa ingin meluah, sesuatu yang tak pasti, wah!aku bermadah! sampai sekarang masih tak mampu mencari kepingan puzzle kehidupan yang direncanakan Allah. Iyalah, Dia kan Maha Mengetahui. Semester ini, baru lah aku ambil subject mengikut course aku iaitu: 電磁環境(denjikankyou)/ Aku pun tak mengerti course apa tu, tapi aku google2 nah!merepek sahaja nama course nih!  Electromagnetic Compatibility. But course tu lebih kepada electric sahaja. And Alhamdulillah sejak tahun lepas, subjek yang paling dibenci and memang pantang dengan electric since sekolah (berapa kali nak ulang?nampak sangat aku membenci sungguh-sungguh) iaitu Electric Circuit, and tahun ni pula iaitu Power Electronic mendapat A++. Bukan sengaja-sengaja nak berlagak pandai di sini, tidak sama sekali, namun aku anggap ia sebagai kepingan-kepingan puzzle yang perlu dicantumkan untuk menyelesaikan puzzle hidup ini.
 A++ dalam subjek yang dibenci sesungguhnya belum mampu memujuk hati, redha apatah lagi! Aku masih ingat lagi sewaktu belajar tentang electric serba sedikit dalam subject Kemahiran Hidup sewaktu menengah rendah dahulu yang ada menyentuh transistor, and seangkatan dengannya. Nampak je electric circuit aku terus cakap dalam hati " aku tak nak jumpa electric ni lagi selepas spm!" wah!begitu teruk sekali aku membenci electric. Ditambah lagi betapa banyaknya buku-buku tebal electric di rumah kepunyaan ayah. Aku baru selak sikit terus benci!

Eh!sepertinya dah menulis essei pulak.
Apapun, bersyukur walaupun masih membenci.
Masih banyak kepingan-kepingan puzzle yang harus dikumpul untuk menyelesaikan puzzle kehidupan.
Saturday, December 1, 2012

It is not about back to december, but about our first summer


Then I think about summer,
All the beautiful times,
I watched you laughing from the passenger side,
And realized i loved you in the fall
And then the cold came,
The dark days,
When fear crept into my mind,
You gave me all your love,
And all I gave you was goodbye..

 

Blog Template by BloggerCandy.com