Sunday, February 19, 2012

Untuk pengetahuan anda.

Post kali ini bukan mengenai winter holidays,mungkin akan bersambung akan datang.
Tapi just nak post about something that my friends out there keep asking me?
Agak-agak tentang apa?Okay without wasting any time here,aku jelaskan.it is about program persediaan Jepun.

Pagi tadi dapat mesej dari rakan Sabah bertanyakan program aku,and bukan dia seorang sahaja,ramai lagi before ini.Okay memandangkan rupanya tak ramai ya yang mengambil tahu program DASAR PANDANG KE TIMUR (DPT) yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982, maka aku rasa terpanggil untuk explain apa yang aku tahu sebab aku merupakan salah seorang yang terlibat dalam program DPT.

But,before itu ini mungkin bukan fakta, but just apa yang aku tahu. Okaylah,nak dimulakan cerita persediaan ke negara Jepun adalah selama 2 tahun dan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu AAJ (Ambang Asuhan Jepun) di Universiti Malaya, KTJ (Kumpulan Teknikal Jepun) di INTEC (International Education Centre ),UiTM,dan IBT (Institut Bahasa Teikyo) di Kelab Jepun,Taman Seputih. Ketiga-tiga ni adalah tajaan JPA. Bagi tajaan Mara pula, kumpulan tu dianamakan JAD(Japanese Association Degree) di UNISEL. Mereka Diploma di Malaysia selama tiga tahun dan Degree 2 tahun di Jepun.

"Macam mana sistem pembelajaran kat tempat ko fy?"
Hurm,aku sampai Jepun,aku tak masuk university pun macam orang lain.Aku masuk 高等専門学校(koutousenmongakkou)/KOSEN macam sekolah tinggi tapi peringkat Diploma. Mengikut apa yang aku tahu,Kosen ni ditubuhkan di setiap daerah bertujuan untuk melahirkan technician di kilang-kilang daerah masing-masing.Tapi if tamat Kosen and nak teruskan ke University pun boleh juga dan akan menjadi 3rd year di University. So,bagi aku Kosen ni macam belajar dengan lebih mendalam la secara practical dan teori.

Macam aku,awal semester every week aku ada experiment and of course lah kan kena buat sendiri dan jujur aku cakap susah!aku tak pernah faham experiment tu sebab terlalu complicated.And last semester kami kena buat project work which is,we need to design line race car dengan programming sendiri.

Macam tempat aku ini,marks over 60 dah lulus.Tapi ada certain sensei yang aku rasa agak kejam,dia akan buat average mark dari awal tahun sampai akhir tahun.So siapa-siapa style macam aku,akhir tahun baru nak perform,say bye-bye la!tak guna if kau perform last minute sebab dia akan buat average dari sem awal dan sem akhir.Maksud aku di sini,markah dicampur dari sem awal ke akhir dan dibahagi 4!!!KEJAM!

Waktu kelas aku everyday Isnin-Jumaat,jam 8:40 pagi hingga 4:40 petang,kalau experiment alamatnya sampai 5:30!owh,before aku terlupa,aku kan student 3rd year di Kosen,so aku ketinggalan 2 tahun apa yang diorang belajar sewaktu di 1st year and 2nd year.Agak perit lah nak kejar balik,ok itu bagi aku..aku tak tahu apa yang orang lain rasa sebab aku ulang course aku sangat susah!

Wah,rasanya kalau nak ditulis panjang berjela dan tak larat nak baca.So nak tahu lebih lanjut just message me.Like always aku suka jawab pertanyaan anda *wow!ayat artis gituuu

No,lah.If kita borak-borak baru syok babe bercerita!and yea i know sedih juga tak ramai ambil tahu pasal program DPT sehingga ada pihak tertentu jealous dengan elaun yang kitorang dapat.Part elaun tu kau rasa dulu laa duduk Jepun baru kau tahu macam mana keadaan kat sini.

Okay,sampai di sini sahaja post ini.Hope ada apa yang salah moga diperbetulkan dan ini sedikit info untuk korang mengenai program DPT dan tempat aku study sekarang.Btw salah aku juga tak update pasal KTJ,dulu rasanya aku pernah post pasal KTJ,tapi tak sambung-sambung.

p/s: semalam ade orang bertunang tapi sedih tak dapat tengok.But i received a lot of pictures during the engagement and she looks so pretty.Hope dapat pergi wedding dia nanti =)

2 comments:

Unknown said...

cik, boleh tak kasi number untuk saya contact cik ??
saya memang berminat sangat2 nak belajar di jepun !!
saya nak tahu pasal intec, ktj, jad, ibt, dan juga biasiswa.
yoroshiku onegaishimasu :)

fify manz said...

waa, seriously?hurm btw x perlulah num lagipun aku guna num tel Japan, so just add fb n msg kt situ, anything aku jawab kt msg..
btw fb aku https://www.facebook.com/fify.manz
yoroshiku ne. ^_^

 

Blog Template by BloggerCandy.com