Situasi 1:
Si A minat gila main video game, si B pun minat juga dan selalu main video game. Malangnya, atas dasar untuk mendisiplinkan diri, si A telah berpuasa dari bermain game namun minatnya terhadap bermain game tak pernah lupus dari dirinya. Si B pun selalulah bercerita dengan rakan-rakannya tentang game, tapi bila tiba giliran si A, dia tiada modal untuk bercerita. Hati si A sungguh sedih, dia minat gila dengan video game tapi tidak ada modal untuk bercakap mengenai game. Maka kawan-kawan pun menganggap si B lebih minatttttt gila dengan game padahal si A lagi gila vavi minat. Kalau sekali main, 24 jam concentrate main, tak macam si B, dapat main selalu tapi sekejap.
Situasi 2:
Si C minat sangat dengan sebuah pasukan bolasepak terkemuka. Akibat tak berpeluang melihat pasukannya beraksi setelah bertahun lamanya, si C sangat bengang kerana faktor-faktor yang menjadi kesukaran untuknya menonton pasukannya beraksi. Antara foktornya: internet di luar sangat lembab untuk streaming, di rumah pula sport channel sudah dibuang oleh ayahnya kerana si C jarang berada di rumah. Namun, jauh di sudut hati si C masih tetap menyayangi pasukan kegemarannya dengan memasang angan-angan suatu hari dia akan dapat menonton pasukannya beraksi di depan matanya sendiri. Si D pun mempunyai minat yang sama, dan si D selalu berkesempatan untuk menonton pasukannya beraksi di tv. Si D selalu meng-update tentang pasukan kegemaran di fb, twitter dan sbgnya.
Situasi 3:
Si E sangat minat untuk melancong namun atas faktor kewangan si E tidak berpeluang untuk melancong. Si F sangat bertuah kerana kekayaan yang dimiliki, dia mampu untuk melancong.
Nampak tak situasi2 tersebut? situasinya sama sahaja, tetapi sesuatu yang kita minat tak semestinya perlu ditunjuk kepada orang ramai. Dan tak semestinya kita tunjuk kita minat sesuatu itu, kita memang dah minat gila-gila. Biarlah minat itu berpada-pada takut kelak menjadi benci. EH! Dan, mungkin seseorang tu terpaksa memendam minatnya akibat faktor-faktor tertentu. Tu lagi edih kan?
Fancying something but it has to be postponed to some other years(maybe) is a hurt thing to do. Trust me, im really in the situation. (~_~;)
Monday, October 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment