Sunday, February 16, 2014

色々大事にしよう(bersyukur jom!)

Hello again my diary (^з^)-☆

Hari ini rasa nak cerita benda yang aku rasa agak menarik. Tadi aku menonton 2 rancangan berbeza. Dua-dua rancangan bagi aku pengajaran yang sangat bermakna. Eherm.Skema!

Wah!ini kali yang ke berapa entah jatuh cinta lagi dengan Jepun..kebaikan Jepun itu sendiri tak perlu dikecoh-kecoh.. buat baik secara diam-diam. Yelah, tak macam kita.. baru sedekah rm 1000 dah buat banner, ambil gambar bagai. APAKAH?kebaikan yang ditunjuk2??????maaf tersasar!

Rancangan yang aku tengok tadi, adalah mengenai realiti hidup orang2 kampung di Papua New Guinea. Hidup mereka serba kekurangan, namun mereka nampak gembira sekali! Kampung yang dikelilingi hutan dan laut. Tiada bekalan elektrik, mahupun bekalan air. Keadaan di sekolah, cukuplah daun sebagai alas tempat duduk. Buku nota share 3~4 orang. Hidup mereka sekadar yang cukup.

Punyalah baik hati kan orang Jepun ni, dia buat rancangan bawa satu keluarga ni homestay di Jepun. Huu.. kesian, rupanya mereka tak pernah naik kapal terbang, train pun diorang baru tahu!

Setiap benda yang mereka lalui di Jepun termasuklah mandi air panas adalah pengalaman yang cukup unik bagi mereka. Nangis!

Mereka kagum dengan teknologi yang ada..dan terkejut setiap benda hanya perlu tekan button on! Huhuhu..
Bila tengok rancangan ni, buat aku rasa hurm... bersyukurlah seadanya.. kerana masih ada yang serba kekurangan. Oh my... tetiba sedih kan? Huuu

Kadang kita sesuka hati bazirkan airlah, elektrik lah..dan dengan seronoknya makan makanan mewah! sedangkan diluar sana.. benda-benda macam tu susahhhh sangat nak dapat.

Rancangan yang kedua tadi aku tengok, hurm baru tau juga rupanya di India, bila usia dah 20 mesti kahwin. Selagi tak kahwin seorang ayah itu rasakan itu masalah besar bagi dirinya.

Kelakar, ada laa seorang perempuan India ni yang bekerja di Jepun.. dia rasa kahwin awal tu satu masalah besar bagi dia. Setiap kali balik, mesti ayah dia tanya bila nak kahwin..OMG!kalau lah aku, sekarang jugak nak kahwin kalau ditanya =p  *tipuTIPU

Sampailah dia balik Nepal, ayah dia still tanya benda yang sama. Sampai lah satu hari tu, dia cuba slow talk dengan ayah, dia explain alasan dia taknak kahwin dulu kenapa. Dia explain yang dia nak bawa teknologi pengurusan sampah yang sistematik di Jepun ke India, sebab India ni teruk sangat dengan sampah-sarap. Dah tercapai barulah dia fikir untuk kahwin. Ayah dia bila dengar ke alasan tu(walaupun berat hati) terima je lah... huhuhu..sedih..bila tengok riak muka ayah dia.

Hurmm... itu je nak cerita. Hehe.. rasa macam, hurm.. tak sangka kan, disuruh kahwin awal pun boleh jadi masalah kepada seseorang. Takpa-takpa,
Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya kan. Be strong ok!Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar :)

0 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com