Eherm, nak cakap bm.
Sebut tentang crush..
Tapi bukan nak cakap kita suka dia saja-saja
Aku kagum dengan dia, and aku ikuti semua perkembangan dia dari dia belajar di Russia dalam aviation sampai lah dia dah balik kerja kat Malaysia and dah kahwin dah pun, baru je. NANGIS!
Entah kenapa, aku kagum dengan lelaki Melayu ini. Haha!aku jarang rasa kagum dengan lelaki Melayu melainkan ayah.. and ada sebab-sebab tertentu sahaja yang buat aku kagum pada lelaki Melayu.
Jejaka yang aku cerita ni.. hurm, sangat bijak merancang kewangan.
Di saat kawan-kawan dia yang lain tengah berseronok melancong guna duit rakyat, tapi tidak pada dia. Setelah aku ikuti perkembangannya, baru dapat tahu.. rupanya dia simpan duit untuk masa depan.Well done,bro!
Di awal usianya 24 tahun, dia berjaya beli rumah.Tapi rumah untuk disewakan bagi students uitm Shah Alam. SEE!bijak kan dia?!! Dia menceburi bidang hartanah sebaik sahaja pulang,dan graduate dari Russia. Dia berjumpa dan banyak ambil ilmu dari otai-otai hartanah.Oh my!untung wife dia. HEE..
Dengan cara itu, secara tak langsung boleh dapat income bulanan kan?
Hurm, dia buatkan aku tertarik untuk menceburi bidang hartanah. Well we'll see.. huhu.
Haha!tu sahaja nak dicerita. Sesungguhnya aku kagum dengan anak MELAYU yang berwawasan, bukan pada yang lahir memang dah kaya, bukan juga pada yang asyik buang duit merata-rata. NANGES!
Dan.. hurm,
Sampai sekarang aku ingat pesan ayah,
"Jangan bekerja dengan orang Melayu, kerana orang Melayu bila nampak wang besar, mudah putih mata, kawan sendiri pun boleh lupa."
Huu..takutnya untuk melangkah dunia sebenar, yang tak lama lagi.
Kerja?sambung master?double degree?architecture?business?
Allah sebaik-baik perancang :)




0 comments:
Post a Comment