Monday, July 30, 2012

You have not been deleted.


Tengah-tengah malam ini, saja teringin nak menulis apa yang berlaku petang tadi. Tak sudi baca or geli nak baca sila close tab ini cepat-cepat! ini sekadar luahan hati seorang manusia biasa yang low-profile.

Well petang tadi, semangat sungguh ibu aku nak hantar aku ke rumah DIA yang dah 3 tahun lebih tak jumpa, gara-gara DIA ada memesan barang kat aku. Walaupun at first aku nak drive sendiri datang jumpa dia. Honestly berdebar gilaa, tak tahu kenapa, maybe dah lama tak bersua and aku pernah delete DIA dalam hidup aku. But, pertemuan tu went well..huh!nasib aku tolak pelawaan ibu aku, ade ke patut suruh aku lepak jap dengan DIA, sebab ibu aku fikir aku nak borak lama. -.-"

Sejak pertemuan itu, ibu dari tadi tak habis-habis cerita pasal rupa DIA dah berubah, boleh tahan katanya. Erk.. aku yang bertentangan mata tadi walaupun sekejap, langsung dah tak ingat wajah DIA.

Sekarang, actually masih terkejut, tak sangka orang yang pernah kita benci gila-gila sampai sanggup nak delete DIA dalam hidup... still boleh keep in touch. Hmmm, tapi apa yang aku belajar dari semua ini, yelah, kita tak patut lah nak berdendam or membenci seseorang gila-gila kan. And ada seseorang aku aku pernah kenal hati budi dia dengan lebih dekat pernah nasihat "if one day hubungan tu berakhir pun, janganlah buat musuh.. jadi kawan apa salahnya", hurm baik sungguh insan yang menasihati tu. =')

Harapan aku, moga DIA berjaya di dunia akhirat,dapat jadi seorang Doctor yang mesra pelanggan, dapat isteri solehah, dimurahkan rezeki and ......



DIA seorang sahabat yang baik dan bukan pencinta terbaik.


p/s: boleh pulak kereta kancil ibu rosak tadi. Huh! im waiting for the 4wd... dah takut gilaa dengan kancil ibu. And...gambar tidak ada kena mengena dengan entry.





Monday, July 23, 2012

Ramadhan 2012

Salam ramadhan =)
Setelah memujuk diri untuk berblog akhirnya tangan ini muncul jua di atas keyboard. Tak tahu kenapa sangat malas nak usik handphones, com, nak berfb, haha!sungguh malas!see!nak update pasal ke Singapore pun sungguh malas. But insyaAllah will update about Singapore soon..
Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa sebulan di Malaysia. Actually aku memang nak lari dari Japan memandangkan dengar cerita tahun ni summer paling panas di Japan. Huaaaaa, tak dapat bayangkan macam mana aku berpuasa dalam panas-panas gitu.aku kan mak datin yang tak boleh kena panas! erkk!!
Hurmm di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY kepada 2 insan yang pernah suatu ketika hadir dalam hidupku.
Mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.
Ayuh mulakan perlumbaan mengkhatamkan al-quran di bulan ramadhan.

p/s:maafkan bahasa melayuku, aku masih mencuba untuk berbahasa dengan betul. =)
Monday, July 16, 2012

bilakah?

sedih mengenangkan Allah tak jemput-jemput umatnya yang seorang ini ke tanah suci ='(
diri entah bila nak berhijrah, bukan tak mahu, tapi asyik menangguhkan masa..
Friday, July 13, 2012

melayu putih mata!

itulah melayu,bila dah kaya, tak main lagi puluhan ribu RM, nak juta-juta RM sahaja! tamak haloba!
pesan ayah "jangan bekerja dengan orang melayu,sebab orang melayu ni bila duit di depan mata, nah! langsung putih mata, sahabat sendiri pun boleh lupa!"
Sunday, July 8, 2012

pemergian yang tak akan dilupakan

Sedih tak terkata!air mata hanya mampu mengalir bila bangun-bangun sahaja dari tidur, dapat message dari orang Jordan dan sahabat-sahabat akan pemergian Affiffi Emara. Aku cepat-cepat buka group circa di fb dan sememangnya berita itu benar! Innalillahiwainnailaihirajiun..itu sahaja yang mampu aku sebut ketika itu. Tadi selepas maghrib aku sempat menyedekahkan surah yassin untuknya. Tak tipu, sebak sungguh baca yassin untuknya pada waktu itu ='(

Tadi sewaktu perjalanan pulang dari Gunma ke kolej aku, segala kenangan dengan dia berlegar-legar dalam otak aku. Teingat lagi, zaman dulu sama-sama dua orang mewakili sekolah ke Pengurusan Kelab dan Sukan peringkat kebangsaan. Untuk pertama kalinya bergaduh dengan arwah sebab dia dan rakan-rakan lain 'mengenakan' aku sewaktu program itu berlangsung. Tapi aku dah lama maafkan dia, sebab dia pun da minta maaf. Habis program sahaja, aku tumpangkan dia ke stesen KTM Seremban. Teringat kata-kata ibu. dialah kawan lelaki aku yang pertama berani salam ibu aku. ='(

Pernah juga suatu hari aku menangis di dalam kelas, and tiba-tiba dia datang hulurkan tisu. Boleh pula aku tanya dekat dia sewaktu itu, "mana dapat tisu"rupanya dia cakap "aku memang bawa tisu standby mana tahu ada perempuan nangis boleh bagi" ouchhh!!! tergelak aku sewaktu itu...

And asalkan jumpa dia, mesti nak gaduh pasal nama!sebab orang panggil dia fifi jugak. Dia seboleh-boleh tak nak mengalah, bak kata dia, dia lahir dulu so aku yang mencuri nama dia.. haha, lawak zaman tak matang dulu..

Itu sahajalah antara kenangan yang aku boleh cerita sepanjang berkawan dengannya. Circa, aku tahu banyak lagi kenangan kita semua dengan dia kan? And kita semua tahu arwah adalah sangat baik orangnya. Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang baik.

Al-fatihah buat Affiffi Emara bin Abdullah


 

Blog Template by BloggerCandy.com