Sunday, July 8, 2012

pemergian yang tak akan dilupakan

Sedih tak terkata!air mata hanya mampu mengalir bila bangun-bangun sahaja dari tidur, dapat message dari orang Jordan dan sahabat-sahabat akan pemergian Affiffi Emara. Aku cepat-cepat buka group circa di fb dan sememangnya berita itu benar! Innalillahiwainnailaihirajiun..itu sahaja yang mampu aku sebut ketika itu. Tadi selepas maghrib aku sempat menyedekahkan surah yassin untuknya. Tak tipu, sebak sungguh baca yassin untuknya pada waktu itu ='(

Tadi sewaktu perjalanan pulang dari Gunma ke kolej aku, segala kenangan dengan dia berlegar-legar dalam otak aku. Teingat lagi, zaman dulu sama-sama dua orang mewakili sekolah ke Pengurusan Kelab dan Sukan peringkat kebangsaan. Untuk pertama kalinya bergaduh dengan arwah sebab dia dan rakan-rakan lain 'mengenakan' aku sewaktu program itu berlangsung. Tapi aku dah lama maafkan dia, sebab dia pun da minta maaf. Habis program sahaja, aku tumpangkan dia ke stesen KTM Seremban. Teringat kata-kata ibu. dialah kawan lelaki aku yang pertama berani salam ibu aku. ='(

Pernah juga suatu hari aku menangis di dalam kelas, and tiba-tiba dia datang hulurkan tisu. Boleh pula aku tanya dekat dia sewaktu itu, "mana dapat tisu"rupanya dia cakap "aku memang bawa tisu standby mana tahu ada perempuan nangis boleh bagi" ouchhh!!! tergelak aku sewaktu itu...

And asalkan jumpa dia, mesti nak gaduh pasal nama!sebab orang panggil dia fifi jugak. Dia seboleh-boleh tak nak mengalah, bak kata dia, dia lahir dulu so aku yang mencuri nama dia.. haha, lawak zaman tak matang dulu..

Itu sahajalah antara kenangan yang aku boleh cerita sepanjang berkawan dengannya. Circa, aku tahu banyak lagi kenangan kita semua dengan dia kan? And kita semua tahu arwah adalah sangat baik orangnya. Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang baik.

Al-fatihah buat Affiffi Emara bin Abdullah


0 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com