Air mata tak tahu tiba-tiba mengalir seketika pabila melihat gambar-gambar keluarga dan orang-orang yang aku anggap pendatang dalam keluargaku. Terharu, terkesima, terkedu pun ada, ya, AYAH yang aku kenal selama ini memang seorang yang sangat baik sehingga pernah aku menggelarkan ayah "BAIK TAK BERTEMPAT!" Sebelum itu, pendatang yang aku maksudkan adalah 3 orang saudara ku yang kini dibuang emaknya, dan kini menumpang rumah kami serta bapanya yang aku panggil PAK NDAK. Ya, bila aku tahu mereka menetap di rumahku, seriously rasa sangat annoying, sampai aku rasa tak ada mood nak pulang ke rumah memikirkan mereka yang aku anggap pendatang asing! tapi bila tengok gambar family dan mereka bercuti di MELAKA di fb..aku jadi sebak! dan aku faham niat IBU dan AYAH adalah untuk menghiburkan mereka kerana aku tahu, mereka tak pernah dapat bercuti, tak pernah dapat makan yang sedap-sedap, dan sebagainya atas sebab kemalasan bapa mereka untuk bekerja. Kemalasan bapa mereka jugalah penyebab ibu mereka meminta cerai dan meninggalkan sebahagian anak-anaknya kepada bapanya yang malas itu!
Dan apabila setiap kali aku memberontak kenapa asyik ayah sahaja yang perlu tolong adiknya, dan mana perginya adik beradik yang lain, ringkas sahaja jawapan ayah "siapa lagi nak tolong kalau bukan adik-beradik?"
Perit untuk diceritakan bahawasanya aku sangat bengang dan geram, mana perginya adik-beradik ayah yang kaya raya?kenapa ayah seorang sahaja yang mengambil perhatian terhadap keluarga itu?!!!!masing-masing kaya bukan main berlagak!adik yang susah seorang pun tak ambil tahu kecuali ayah!
Mulai hari ini aku cuba menerima mereka yang selama ini aku anggap pendatang dengan seadanya dan aku cuba faham niat ayah yang sebenar-benarnya..tak salah menolong mereka yang susah. Moga rezeki ayah selepas ini terbentang seluas-luasnya. AMIN.
Puasa dah nak dekat, pastinya anak-anak kecil itu dapat makan-makanan yang lazat pabila berbuka. Tumpang gembira dengan perubahan hidup mereka. =) tak sabar nak pulang ke rumah bertemu mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment