Monday, July 30, 2012

You have not been deleted.


Tengah-tengah malam ini, saja teringin nak menulis apa yang berlaku petang tadi. Tak sudi baca or geli nak baca sila close tab ini cepat-cepat! ini sekadar luahan hati seorang manusia biasa yang low-profile.

Well petang tadi, semangat sungguh ibu aku nak hantar aku ke rumah DIA yang dah 3 tahun lebih tak jumpa, gara-gara DIA ada memesan barang kat aku. Walaupun at first aku nak drive sendiri datang jumpa dia. Honestly berdebar gilaa, tak tahu kenapa, maybe dah lama tak bersua and aku pernah delete DIA dalam hidup aku. But, pertemuan tu went well..huh!nasib aku tolak pelawaan ibu aku, ade ke patut suruh aku lepak jap dengan DIA, sebab ibu aku fikir aku nak borak lama. -.-"

Sejak pertemuan itu, ibu dari tadi tak habis-habis cerita pasal rupa DIA dah berubah, boleh tahan katanya. Erk.. aku yang bertentangan mata tadi walaupun sekejap, langsung dah tak ingat wajah DIA.

Sekarang, actually masih terkejut, tak sangka orang yang pernah kita benci gila-gila sampai sanggup nak delete DIA dalam hidup... still boleh keep in touch. Hmmm, tapi apa yang aku belajar dari semua ini, yelah, kita tak patut lah nak berdendam or membenci seseorang gila-gila kan. And ada seseorang aku aku pernah kenal hati budi dia dengan lebih dekat pernah nasihat "if one day hubungan tu berakhir pun, janganlah buat musuh.. jadi kawan apa salahnya", hurm baik sungguh insan yang menasihati tu. =')

Harapan aku, moga DIA berjaya di dunia akhirat,dapat jadi seorang Doctor yang mesra pelanggan, dapat isteri solehah, dimurahkan rezeki and ......



DIA seorang sahabat yang baik dan bukan pencinta terbaik.


p/s: boleh pulak kereta kancil ibu rosak tadi. Huh! im waiting for the 4wd... dah takut gilaa dengan kancil ibu. And...gambar tidak ada kena mengena dengan entry.





0 comments:

 

Blog Template by BloggerCandy.com