Eherm.. mungkin post kali ini berbaur kematangan. Eherm.
Bila dah duduk Jepun, baru angan-angan untuk mencorakkan dunia hiburan di Malaysia timbul secara tiba-tiba.
Mencorakkan yang macam mana tu? Hurm, entahlah, aku seakan-akan sangat tak berpuas hati dengan rancangan-rancangan televisyen Malaysia, apa tidaknya penuh dengan cerita cinta semata-mata tak pun rancangan gossip, lawak bodoh, pertandingan realiti tv yang mencungkil bakat untuk dijadikan penyanyi yang ke 10 juta... -.-" Jujur untuk diperkatakan, aku pernah untuk cuba menonton drama yang orang Malaysia tergila-gilakan but baru sampay 3,4 episod, aku seakan-akan dah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Sedih!Frust! Plot cerita yang sama,
perempuan dirogol-masalah-akhirnya setelah bermacam halangan dicintai lelaki yang mulia..
Anak orang kaya yang dipaksa berkahwin-masalah(lelaki yang dikahwininya tak suka pdnya,etc)-akhirnya bahagia
Pusing-pusing balik situ je!
Huh! Dan semenjak aku duduk di negara orang, dah tak ada perasaan,minat nak tengok tv di malaysia waktu balik cuti.
Maaf cakap.
Hurm, no wonder la Malaysia(negara Islam) antara top ten paling banyak hiburan. ASTAGHFIRULLAH!
Aku sangat suka variety show di Jepun. Sebab banyak sangat pengetahuan am. Mungkin rakyat Jepun sukakan pengetahuan am, di samping p***o. Antara rancangannya;
Jemput artis-artis bincangkan sesuatu topik (contohnya macam mana nak berdepan dengan situasi kalau bos mcm ni, situasi kwn punya crush jadi bf sendiri dan bla bla bla.. )
Tempat-tempat yg orang Jepun tinggal(menyingkap hidup mereka di negara orang)
Kuiz ilmiah dalam kalangan artis, tapi seronok(tak tahu nak explain macam mana)~yelah bila dengan artis2 sesi kuiz mestilah havoc and kelakar kan
Oh ya, baru-baru ini ada kisah melancong ke Malaysia.. hee. And show tu pasal melancong ke negara asing.(hurm bila tengok tu, boleh bagi idea nak melancong tempat menarik. I like!)
Ada satu tempat yang aku nak pergi disebabkan tengok show ni, iaitu...... (rahsia) tapi tempat tu tengok Aurora dalam igloo :)
Rancangan menyingkap kisah hidup orang asing di Jepun lah...
Show berasaskan kesihatan lah, siap bagi kuiz carrot yang bentuk macam mana paling bagus, warna terung macam mana yang dikatakan terbaik..sayur tertentu tu lagi berkhasiat kalau dimasak dengan cara goreng(ha!korang mesti nak tahu) menyingkap gaya hidup orang tua laa.. tips2 kesihatan yang tak pernah tahu!ah! Best!
Ada tu, macam mana nak menghasilkan barang berguna just shopping dekat 100yen shop je! Banyak gilaaa dapat inspirasi. Heee..
Dan banyakkkkkk lagi!
Oh god! Kalau aku pulang ke Malaysia, antara benda yang aku rindui di Jepun tentunya variety show Japan. Aaaaaa.. kenapalah Malaysia tak ada macam tu.. sampai kadang-kadang rasa nak je bagi idea-idea kat televisyen Malaysia... banyakkanlah rancangan ilmiah sikit. Ye,ye saya tahu rakyat Malaysia sukakannnnnn hiburan tapi why not rancangan hiburan berasaskan ilmiah. Ilmiah bukan boleh dipelajari di saat serius je, anytime boleh, and ilmu itu merangkupi banyak benda kan?
Sekian dari saya yang tidak berpuas hati terhadap rancangan-rancangan tv di Malaysia.




2 comments:
omaigod shapinazzzzzzzz you still blogging weiiiiiii. fy! rinduuuu. anyway, aku sokong hundred percent fy ! too bad, its been in the blood for hundred years. but worth a try kan. tolong hantar surat dekat menteri komunikasi dan media massa.
Hehehe..yup!juz to improve my language la esp english..huuuu.
Hurmmm kann, tgk cane aku serbu mnteri komunikasi ke arn... hahahahaha... sgt x puas ati and sedey every timr blik msia cter ntah pape *the ugly truth wuuuuu
Btw rinduuuuuuuu jugakkkkk!muacxxx!hee
Post a Comment